Apabila umur semakin meningkat pelbagai la penyakit mula datang. Semua ini disebabkan antibodi badan kita mula menurun. Sudah tentu ianya terdiri daripada ibubapa kita yang sudah mencapai usia tua. Sakit kaki, lutut malah bertongkat. Keadaan lebih parah susah nak solat dan melakukan aktiviti harian inikan pula nak berjalan-jalan kan.
5 Punca Terjadinya Sakit Lutut
1. Berat badan terlalu obes

BMI (body mass index) tidak normal akan memberikan tekanan pada sendi lutut kita untuk menampung.
Sebab itu kalau perasan, kita akan mudah lenguh dan sakit lutut bila berat badan naik kan.
Salah satu punca sakit lutut daripada kegemukan yang melebihi BMI yang sepatutnya. Perlu keseimbangan makan dan beraktiviti.
2.Faktor umur
Apabila umur meningkat menyebabkan ligamen / tisu yang menghubungkan antara sendi di lutut jadi haus. Haus kerana menipis dan terjadi pengeseran dan itu yang menyebabkan lama kelamaan sakit. Selain itu, kolagen semakin menipis di bahagian sendi menyebabkan mudah haus.
3. Bersukan secara berlebihan tanpa keseimbangan makanan
Ini bagi mereka yang memang suka bersukan secara extreme seperti mendaki gunung, ataupun aktiviti outdoor. Perlukan mineral untuk tulang lebih tinggi daripada mereka yang lakukan aktiviti normal. Mineral dalam susu sangat membantu untuk menampung keperluan tubuh.
4. Masalah kesihatan
Jika anda ada masalah gout ataupun arthritis memang akan menyerang sendi. Penyakit gout itu sendiri memang disebabkan oleh pengumpulan asid urik di bahagian sendi.
Ada bahagian sendi di kaki, tangan ataupun di lutut.
5. Diet Pemakanan Tidak Sihat
Cara Pengambilan yang tidak sihat dengan ambil secara berlebihan gula putih, fast food dan frozen food menyebabkan lama-kelamaan toksin tinggi dalam badan.
Peredaran darah kita pun jadi tidak lancar dan akan pengaruhi kekuatan sendi. Pengambilan gula mahupun makanan tidak sihat akan bagi kesan dalam masa yang panjang. Ramai dikalangan kita tidak mengambil berat tengang ini.
Saya kongsikan disini cara untuk bantu hilangkan sakit lutut tidak kira peringkat umur iaitu dengan meningkatkan kesihatan lutut anda dengan hanya minum susu.


















SEKOTAK ADA 25 PAKET



